Thursday 12 January 2012

Cinta Rasul

Ya Nabi Salam Alaika, Ya Rasul Salam Alaika.......


Ya nabi kami rindu padamu, kami sayang padamu
Ya nabi kami ingin sungguh kami ketemu denganmu
Ingin sekali kami menatap wajahmu
Para ulama akhir zaman menceritakan,
akhlakmu seperti alquran....
rindu sungguh kami ya Rasul....
sukar untuk kami menjumpai akhlak sepertimu akhir zaman ini,,,
sepertimana diri kami yang lalai dalam kehidupan ini.


Ya Nabi ,
Engkau penyuluh cahaya dari kami terus berada dalam kegelapan....
Kau suluhi diri kami dari kejahilan
Kau tinggali kami dengan sunnahmu yang sungguh mempesonakan
walaupun dicemuh dan dikeji...
tetapi itu semua tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu
melainkan kepada manusia itu sendiri.....


Ya Nabi.......
Betapa akhir zaman ini betapa getir untuk kami mengharungi kehidupan...
Kerna jauhnya diri kami dari dirimu...
Namun dirimu tidak pernah membiarkan umatmu terkapai-kapai tanpa haluan......
Telah kau titipkan kepada kami mutiara yang tidak pernah luntur
Iaitu sunnahmu......
 Namun ya Nabi......
Akhir zaman ini terlalu perit untuk kami melangkah
Kerana di kiri kanan kami banyak duri dan bara api yang membentang...
Kadang-kadang kami tertikam duri dan terpijak bara api tersebut
Lalu kaki kami berdarah....
Tetapi ya Nabi tidak terbanding dengan dirimu yang disakiti...
Dirimu lebih disakiti dari diri kami dalam mendepani hidup ini....
Cuma ya Nabi kami telah jauh dari dirimu....
Kadang-kadang kami terleka dengan dunia kami sendiri...
Hingga terlupa untuk terus beristiqomah dalam memtaati sunnahnya........


Ya Nabi........
Kami memohon dari lubuk hati kami yang paling dalam...
Moga kami diberi kekuatan dan ketabahan dalam mengikuti sunnahmu...
Agar nanti ya Rasul kami diberi sedikit ruang (kerna kekurangan kami) untuk mendapat syafaatmu di akhirat...........
Menagih belas ehsanmu ......Ya Rasulullah......................

Thursday 5 January 2012

Pencarian Cinta

Cinta adalah anugerah, cinta adalah fitrah, cinta adalah mahabbah.Kadangkala cinta perlu diuji kata sesetangah orang.Tapi cinta kepada Allah adalah cinta yang pasti........
Bak kata pepatah, Cinta pada bunga ,bunga akan layu...
Cinta pada harta, harta akan habis...
Cinta pada manusia, manusia akan tua...

1. Tanda Cinta yang pertama ialah, seseorang Muslim itu hendaklah tidak membenci kematian, kerana cara untuk bertemu Allah adalah dengan kematian.Kita perlu melalui proses kematian terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allahs.w.t. Kematian itu hendaklah dengan cara mati secara husnul khatimah (mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh). Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, "Siapa yang ingin bertemu/melihat Allah, Allah juga ingin melihatnya".Oleh itu seseorang Muslim itu wajib membuat persiapan sebelum datangnya kematian.Beringat-ingatlah dengan masa...
Masa senang sebelum datangnya masa susah,
Masa kaya sebelum datangnya masa miskin,
Masa lapang sebelum datangnya masa sibuk,
Masa muda sebelum datangnya masa tua,
Masa hidup sebelum datangnya masa mati.....

2. Tanda Cinta yang ke-dua pula, seseorang Muslim itu bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah.Contoh, bersolat atau menutup aurat bagi Muslimat.Jika diikut kehendak hati bagi sesetengah orang Islam, ada yang berkata, "Alah,buat apa penat-penat sembahyang atau belajar sembahyang ? Nanti tua nanti aku sembahyanglah". Itu silap.Begitu juga dengan menutup aurat, "Tak tutup tak apa, asalkan hati kita baik, Allah bukan tengok muka tapi hati, kecantikkan itukan anugerah Allah ,buat apa tutup-tutup kufur nikmat namanya". Itu hujah sesetengah orang, itu juga silap.Tanda cinta ialah kita bersedia mengikut kehendak Allah kerana Allah mengetahui yang terbaik buat hambaNya....

3. Tanda Cinta yang ke-3 ialah kita mesti sentiasa ingat kepada Allah dan rasa cinta itu kita sematkan di hati kita yang paling dalam tanpa diganggu gugat oleh seseorang atau sesuatu keadaan sekalipun.Misalnya kita telah memilih Islam sebagai pegangan/anutan, jangan dihirau bisikan atau kata-kata manusia yang tidak bersetuju dengan keputusan yang telah kita buat.Allah berfirman dalam surah Ar Raa'd ayat 28 yang bermaksud."Dengan mengingati Allah, hati-hati kita akan menjadi tenang.Ini janji Allah dan kita sebagai hambaNya mesti berusaha dengan belajar dan memohon pertolongan Allah sebagaimana dalam lafaz doa, " Ya Allah, tolonglah kami untuk sentiasa berzikir dan ingat kepadaMu,sentiasa bersyukur dan melakukan ketaatan kepada perintahMu".

4. Tanda Cinta yang ke-4, hendalah seseorang Muslim itu hendaklah cinta kepada Al-Quran sebagai kalam Allah dengan cara membacanya, mengkajinya dan mengamalkannya apa yang dinyatakan dalam Al-Quran sebagai panduan hidup kita sepanjang hari.Begitu juga cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Rasul Allah yang membawa risalah kebenaran dari Allah sebagai Nabi akhir zaman.Bagindalah 'role model' kita, idola kita untuk kita rujuk sebagai perlembagaan dalam menentukan undang-undang yang perlu kita ikuti. Nah,dayung sudah di air, pengayuh sudah di tangan,bila lagi untuk kita mengemudi sampan tersebut.

5. Tanda Cinta yang ke-5 yang harus kita lakukan ialah ambillah satu masa atau keadaan di mana kita boleh membuat muhasabah diri atau memikirkan kesilapan atau kegagalan diri kita dalam melakukan ketaatan perintah Allah yang kita abaikan.Buatlah satu Sijil Analisa diri untuk kita menilai diri kita sendiri. Berfikir dan berzikirlah sejenak. Adakah kita sudah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang mengikut perintah Allah atau sebaliknya.

6. Tanda Cinta yang ke-6 pula ialah kita menjadikan ibadah itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa rasa jemu dan terpaksa.Sebab ibadah itu bukan untuk Allah tetapi untuk diri hamba Allah itu sendiri.Kekuasaan Allah tidak akan berkurangaan seandainya seluruh makhluk di atas muka bumi tidak beribadah kepada Allah, tetapi ingat kenapa manusia diciptakan Allah? Untuk beribadah kepada Allah! Apabila cinta kepada Allah itu sempurna dan kuat, maka tidak ada keseronokan yang setanding dengan keseronokan kita melakukan ibadah kepada Allah.

7. Tanda Cinta yang ke-7 ialah orang yang cinta kepada Allah itu adalah orang yaang cinta kepada manusia yang taat kepada Allah dan tidak suka kepada perbuatan orang-orang yang derhaka kepada Allah.Maka carilah Cinta Allah yang abadi, kelak kita akan menjadi hamba yang dirahmati, insya-Allah.......