Tuesday 4 October 2011

Perkongsian Ilmu

Assalammualaikum,

Bersama-sama untuk perkongsian ilmu untuk paparan kali ini, sila klik di sini http://ilike-concept.blogspot.com/2011/03/mengapa-yahudi-bijak.html

Jana otak kita untuk lebih aktif dan progresif. Orang Islam panduannya Al Quran dan Hadis Nabi. Itulah ikutan dan panduan kita. Untuk perkogsian ilmu yang seterusnnya sila klik di sini http://ilike-concept.blogspot.com/2011/07/intro-bukti-kerajaan-amerika-dan-dunia.html

Sekian untuk kali ini.

Wednesday 7 September 2011

Risalah Utusan Allah

Salam semua...

Syukur Alhamdulillah masih bernyawa di bumi Allah. Masih menghirup udara segar kurniaan Allah.Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayangnya Allah.Diberinya nikmat berupa makanan, pakaian dan tempat tinggal buat meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini.Rezeki Allah seluas langit dan bumi bagi sesiapa sahaja yang ingin mencarinya.Lihat sahaja kekayaan yang melimpah ruah kepada manusia yang mencarinya tidak kira siang atau malam, pasti diberinya samada Muslim atau tidak.Kita melihat yang tidak Muslim lagilah melimpah-melimpah kekayaan mereka.Kadang-kadang terdetik di hati, 'mengapa mereka begitu mudah mendapat kekayaan duniawi, sedangkan seorang Muslim agak berjengket-jengket untuk meraihnya'.Tetapi itu bukan kayu pengukur kepada kebahagian.Ada yang kaya tapi tidak bahagia, ada yang tidak kaya tapi ia bahagia.Tetapi risalah kenabian yang boleh diamati, "Biar kaya dan kekayaan itu memberi manfaat kepada agama dan orang lain, itu tandanya hamba yang bersyukur dan kekayaannya diberkati"

Pembaca budiman,
Lihat sahaja saudara Muslim kita di Somalia, mati kerana kelaparan.Di sinilah peranan orang kaya yang dermawan diperlukan.Bukan kekayaan hak mutlak kita, ia perlu diagihkan kepada orang lain yang berhak. Adilnya Islam...dalam pengagihan harta ada kaedah dan cara yang dispesifikasikan.Beruntungnya kita yang bernaung di bawah panji-panji Islam...dan kitalah yang memegang panji-panji itu supaya tidak jatuh dan terus dilanyak-lanyak oleh tangan-tangan kuffar untuk kepentingan yang tidak berpaksikan kepada kehendak agama yang suci.Islam dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecil-kecilnya ada diperincikan untuk maslahat umat Islam.Subhanallah.....betullah Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam.

Pembaca budiman,
Sungguh tidak terhitung Risalah Kenabian yang kita kecapi sekarang ini.Bermulanya ajakan dari mengesakan Allah sehinggalah ke sekecil-kecil perkara pun ada dimuatkan atau diperincikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammmad s.a.w di dalam hadis Baginda.Oleh itu nikmat yang mana lagi yang ingin kita pertikaikan?...Sungguh adil dan saksamanya Islam.Sebagaimana tertibnya solat sebagai ting agama Islam dalam mengabdikan diri kepada tuhan Pencipta alam, begitu juga tertib dan beradapnya Islam di dalam menyelesaikan masalah samada dari segi sosial,ekonomi,politik dan kenegaraan.

Pembaca budiman, cukup sekadar di sini dulu perbincangan saya berkenaan Risalah Kenabian yang amat bermanfaat untuk direnungi dan dihayati bagi mensyukuri nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi kini.Sangat bertuah dan beruntungnya kita memiliki nikmak terbesar ini dan sepatutnya kita bersyukur dan menyampaikan Risalah Kenabian ini kepada orang lain....

Sekiaan. 



Tuesday 9 August 2011

Hikmah Ramadhan

Assalammualaikum,
Pembaca budiman...
Bulan Ramadhan datang lagi.suatu bulan yang dijanjikan pahala berganda bagi sesiapa sahaja Muslim yang mendambakannya.Di awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya dibebaskan dari neraka.Betapa beruntungnya seorang Muslim itu dihadirkan ke dunia. dan betapa beruntungnya Muslim yang bernaung di bawah payung rahmat Nabi Muhammad s.a.w. Pada mereka dijanjikan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.Diampunkan dosa bagi sesiapa yang benar-benar mengharap pengampunan Rabbnya.Dikabulkan segala permohonannya bagi mereka yang meminta kepadaNya....
Sungguh indah dan bermakna perjalanan hidup seorang Mukmin itu seandainya diamati dengan pandangan mata hati.Tiada yang rugi atas apa yang dilakukan walaupun kecil sekiranya ia dilakukan mengharap keredhaan Allah.Berpuasa sepatutnya sudah menjadikan kita seorang Mukmin yang bertakwa, tetapi dapatkah kita? InsyaAllah boleh...
Bercerita tentang bulan puasa ,saya berasa istimewa sungguh bulan Ramadhan ini.Di bulan Ramadhanlah, saya dipilih Allah untuk berada di dalam agamaNya.Di bulan Ramadhan di dalamnya dijanjikan rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka bagi sesiapa sahaja individu Muslim yang ingin meraih keredhaan Allah.Allah Maha Besar di atas segala ilmu dan kekuasaanNya.Di atas segala kebesarann dan kekuasaanNyalah berlaku segala sesuatu dengan hanya berkata, "Jadilah, maka jadilah ia". Maha Suci Allah.



Ya Allah...
dalam aku termangu
Kau ilhamkan sesuatu
Tetapi aku buntu
Kerana sesungguhnya aku manusia dungu
waktu itu...

Ya Allah...
Sewaktu aku mencariMu
Sungguh terkedu aku
Betapa malu untuk aku mengaku
Kejahilanku membelengu...

Ya Allah...
Tetapi sirna itu tetap datang
Terus menyapa lubuk hatiku yang paling dalam
Membimbing fitrahku ke arahMu

Tetapi ya Allah...
Semakin fikiranku menyangkalMu
Hatiku semakin sayu...

Mujur di celah kecelaruan itu
Kau hadirkan kekuatan dalam hatiku
Untuk mengaku bahawa Engkau tuhanku........

Sunday 7 August 2011

Anugerah

Salam,,,,,
Pembaca budiman,
Dengan ilmu kita menjadi siapa dan apa yang dikehendaki hasil daripada acuan ilmu.Pelbagai ilmu di dunia yang boleh diperolehi dan dipelajari. Kalau dulu, ilmu yang kukejar adalah hanya ilmu yang mengangkat martabat bangsa, namun di situ ada ilmu yang mengangkat martabat manusia daripada kegelapan kepada cahaya iaitu cahaya iman.Ilmu pada hakikatnya dari Tuhan Pencipta alam dan atas satu sebab sahaja tuhan mendorong manusia untuk mencarinya.
Begitu juga aku.....atas satu sebab iaitu buah mangga yang menjadi tumpuan pemerhatianku, menyebabkan aku terfikir dan terus memikirkan apa kesudahan terhadap buah mangga tersebut dan kaitan antara penghujung hidup diriku sendiri.Aneh rasanya perasaan itu sewaktu usia baru menginjak belasan tahun, sedangkan teman seusiaku (non-muslim) tidak merasakan apa yang kurasa,malah mereka memandang sinis di atas kecenderunganku untuk mencari sesuatu yang tiada padaku waktu itu.
Semakin hari semakin menebal keinginanku untuk mengetahui cara hidup beragama.Ya, itulah penyebab perasan anehku selama ini yang menyebabkan aku rasa kekosongan dan kesunyian walaupun didampingi teman-teman. Tetapi aku keliru kerna sedari kecil, aku ditasak dalam fikiran bahawa kematianlah penghujung kisah hidup manusia.Aku rasa tidak puas hati lagi. Kalau setakat kematian pengakhiran kehidupan manusia,apalah sangat pentingnya manusia berada di dunia.Ada rasa ketidakpuashatian atas penerangan yang selalu kudengari dari keluargaku.
Atas sebab keliru dan rasa tidak puas hatilah, aku mula mencari secara 'curi-curi' kerana takut keluarga mengetahui.Aku mula membaca buku-buku yang berkaitan ilmu agama disamping bertanya guru-guru serta kawan-kawan yang telah lengkap pada pengamatanku kehidupan beragama mereka waktu itu.Ada suatu perasaan sayu dan ingin tahu setiap kali mereka melakukan sembahyang di surau asrama. Hiba, tenang dan seronok menyaksikannya tetapi aku takut kawan-kawan memberitahu keluargaku bahawa aku berminat dengan cara hidup orang Islam waktu itu.
Pencarian secara 'curi-curi' itu berlalu sehinggalah aku menamatkan persekolahanku di tingkatan 5.Aku meneruskan pencarianku sehinggalah aku berjaya memasuki sebuah pusat pengajian tinggi tempatan secara lebih terbuka dan bebas.Di situlah pencarianku menemui jalan penamatnya. Tetapi oleh kerana terlalu memikirkannya,aku menjadi buntu sehinggakan tersepak seketul batupun aku menangis. Menangis bukan kerna kaki terlalu sakit, tetapi menangis kerna hati yang sakit. Waktu itu aku berkata dalam hati "bagusnya kau wahai batu, tak perlu susah-susah mencari siapa Penciptamu, sedangkan aku??? Dan waktu itulah buat pertama kalinya mulutku berkata, "Tuhan,,jika Engkau benar-benar wujud (ada), tunjukilah aku jalan untuk terus mencariMu"...
Dari situlah seolah-olah aku ditunjuki jalan bagaimana untuk aku meneruskan  pencarianku. Aku mengikuti pertubuhan Islam (telah diharamkan) dan di masa yang sama aku pergi ke gereja untuk mengabdikan diri kepada tuhan yesus bagi kepercayaan agama Kristian. Tetapi jiwaku masih belum keruan. Masih tidak ketemu jawapan. Mana mungkin jiwaku menerima manusia tetapi di masa yang sama ialah Tuhan??? Aku termangu sekali lagi..... Jangkaanku sudah menemui kebenaran yang kudambakan tetapi bukan......
Sehinggalah suatu hari aku dikejutkan dengan ayat ".Katakanlah: Dialah Allah,Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." Ayat inilah yang memberikan aku kekuatan bahawa Islamlah agama yang kucari selama ini yang aku dampingi penganutnya sewaktu di asrama dulu.Ohhh....hampir sepuluh tahun pencarianku, akhirnya jiwaku direntap oleh ayat di atas sebagai satu anugerah dari Allah bahawa Islam menjadi anutanku kini. Syukur padaMu ya Allah, Kau pilih aku menjadi tetamu yang dapat bernaung di bawah rahmat dan kasih sayangMu...........
Kekalkan hatiku, hidup dan matiku dalam agamaMu ya Allah......Amin..

Friday 29 July 2011

Besarnya keinginan, kuatnya azam...


Kembali lagi...
Menulis untuk paparan ini.Rasa seperti menulis cerpen pula, tetapi inilah permulaan sebuah perjalanan bagi memulakan langkah bagi mengenal erti sebuah kehidupan yang bermakna.Semangat,,,itulah defininsi yang sesuai untuk menceritakan keazaman waktu itu.Dengan semangat yang jitu dan pencarian ilmu yang tidak pernah habis, kutemui sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup ini.....
Dengan ilmu kita akan menjadi manusia yang bagaimana........
Dengan ilmu kita akan menjadi manusia yang berguna dan dengan ilmu juga kita akan menjadi manusia yang tahu hala tuju hidup ini......

Saturday 23 July 2011

Indah dirimu teratai,siapa Penciptamu?


Apabila kita melihatnya...indah bukan..?Teratai adalah lambang keindahan yang awal-awal diri ini melihatnya.
Aku kagum dengan keindahannya...dan tercari-cari di mana dan siapa yang menciptakan keindahan itu..?Lama sungguh aku mencari dan memikirkan siapa pemilik keindahan itu...
Sewaktu kecil, bunga teratai menjadi mainan kami adik-beradik dan buahnya menjadi makanan waktu santai di petang hari seperti kacang goreng.Rasanya lemak-lemak sedikit manis apabila ia empuk sesudah direbus...
Dulu kanak-kanak seusia kami, sewaktu orang lain menikmati makanan ringan dengan keropok atau kentang goreng, kami menikmati makanan ringan dengan buah teratai atau jagung rebus atau ubi rebus.....sunggguh enak dan leka kami menikmatinya dengan dimakan bersama ikan salai yang dibuat emak seawal musim tengkujuh....sungguh leka dan seronok tanpa memikirkan apa-apa tentang kehidupan sehinggalah kami makin membesar dan bersekolah bagi meneruskan keberadaan kami di dalam kelompok manusia yang berada di bumi Malaysia ini.Oh ya..lupa untuk memperkenalkan diri.Diri ini berasal dari kalangan minoriti di bumi Malaysia yaang permai ini.Orang Asli..ya diri ini berasal dari kalangan Orang Asli Semenanjung Malaysia.Ya mungkin sebilangan besar rakyat di negara ini tidak tahu atau tidak mengenali langsung adanya sekelompok manusia yang hidup di celah-celah kemodenan hari ini adalah golongan minoriti yang sedikit sebanyak menyumbang juga sumber ekonomi kepada negara. 
Kenapa ya..aku menceritakan perihal asal usulku yang mungkin tidak penting pun untuk dipaparkan di sini.Tetapi aku beranggapan itulah titik tolak yang menyebabkan aku berasa bangga  dan bernilai hidup di atas bumi yang diciptakan Allah untuk segenap manusia tidak kira muslim atau bukan.Sungguh bertuah dan sangat menyentuh perasaan apabila dikenangkan saat-saat sukar aku melalui hidup ini tanpa panduan yang lengkap untuk terus melangkah mengharungi hidup ini yang tanpa penghujung (sewaktu dulu).
 

Lagu Kerlipan Cinta nyayian Allahyarham Ust.Asri (Al-Fatihah) dari kumpulan Rabbani sangat memberi makna kepada diri ini dalam menyelusuri hidup yang mendambakan rahmat dan kasih sayang tuhan. Dulu sewaktu di bangku sekolah, aku sering memikirkan siapa diriku dan siapa penciptaku.Aku sering mengeluh apa kesudahan hidupku kelak.....ya tuhan berserabut betul fikiranku waktu itu.Mujur pelajaranku tidak tertinggal begitu sahaja lantaran keasyikanku memikirkan siapa tuhan penciptaku dan alam ini.Kugagahi juga pembelajaranku demi mengenangkan kesungguhan emak dan ayah yang begitu bersemangat untuk menyekolahkan anak-anak mereka demi mengangkat diri dan anak bangsa maju seperti bangsa lain di Malaysia.