Tuesday 9 August 2011

Hikmah Ramadhan

Assalammualaikum,
Pembaca budiman...
Bulan Ramadhan datang lagi.suatu bulan yang dijanjikan pahala berganda bagi sesiapa sahaja Muslim yang mendambakannya.Di awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya dibebaskan dari neraka.Betapa beruntungnya seorang Muslim itu dihadirkan ke dunia. dan betapa beruntungnya Muslim yang bernaung di bawah payung rahmat Nabi Muhammad s.a.w. Pada mereka dijanjikan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.Diampunkan dosa bagi sesiapa yang benar-benar mengharap pengampunan Rabbnya.Dikabulkan segala permohonannya bagi mereka yang meminta kepadaNya....
Sungguh indah dan bermakna perjalanan hidup seorang Mukmin itu seandainya diamati dengan pandangan mata hati.Tiada yang rugi atas apa yang dilakukan walaupun kecil sekiranya ia dilakukan mengharap keredhaan Allah.Berpuasa sepatutnya sudah menjadikan kita seorang Mukmin yang bertakwa, tetapi dapatkah kita? InsyaAllah boleh...
Bercerita tentang bulan puasa ,saya berasa istimewa sungguh bulan Ramadhan ini.Di bulan Ramadhanlah, saya dipilih Allah untuk berada di dalam agamaNya.Di bulan Ramadhan di dalamnya dijanjikan rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka bagi sesiapa sahaja individu Muslim yang ingin meraih keredhaan Allah.Allah Maha Besar di atas segala ilmu dan kekuasaanNya.Di atas segala kebesarann dan kekuasaanNyalah berlaku segala sesuatu dengan hanya berkata, "Jadilah, maka jadilah ia". Maha Suci Allah.



Ya Allah...
dalam aku termangu
Kau ilhamkan sesuatu
Tetapi aku buntu
Kerana sesungguhnya aku manusia dungu
waktu itu...

Ya Allah...
Sewaktu aku mencariMu
Sungguh terkedu aku
Betapa malu untuk aku mengaku
Kejahilanku membelengu...

Ya Allah...
Tetapi sirna itu tetap datang
Terus menyapa lubuk hatiku yang paling dalam
Membimbing fitrahku ke arahMu

Tetapi ya Allah...
Semakin fikiranku menyangkalMu
Hatiku semakin sayu...

Mujur di celah kecelaruan itu
Kau hadirkan kekuatan dalam hatiku
Untuk mengaku bahawa Engkau tuhanku........

Sunday 7 August 2011

Anugerah

Salam,,,,,
Pembaca budiman,
Dengan ilmu kita menjadi siapa dan apa yang dikehendaki hasil daripada acuan ilmu.Pelbagai ilmu di dunia yang boleh diperolehi dan dipelajari. Kalau dulu, ilmu yang kukejar adalah hanya ilmu yang mengangkat martabat bangsa, namun di situ ada ilmu yang mengangkat martabat manusia daripada kegelapan kepada cahaya iaitu cahaya iman.Ilmu pada hakikatnya dari Tuhan Pencipta alam dan atas satu sebab sahaja tuhan mendorong manusia untuk mencarinya.
Begitu juga aku.....atas satu sebab iaitu buah mangga yang menjadi tumpuan pemerhatianku, menyebabkan aku terfikir dan terus memikirkan apa kesudahan terhadap buah mangga tersebut dan kaitan antara penghujung hidup diriku sendiri.Aneh rasanya perasaan itu sewaktu usia baru menginjak belasan tahun, sedangkan teman seusiaku (non-muslim) tidak merasakan apa yang kurasa,malah mereka memandang sinis di atas kecenderunganku untuk mencari sesuatu yang tiada padaku waktu itu.
Semakin hari semakin menebal keinginanku untuk mengetahui cara hidup beragama.Ya, itulah penyebab perasan anehku selama ini yang menyebabkan aku rasa kekosongan dan kesunyian walaupun didampingi teman-teman. Tetapi aku keliru kerna sedari kecil, aku ditasak dalam fikiran bahawa kematianlah penghujung kisah hidup manusia.Aku rasa tidak puas hati lagi. Kalau setakat kematian pengakhiran kehidupan manusia,apalah sangat pentingnya manusia berada di dunia.Ada rasa ketidakpuashatian atas penerangan yang selalu kudengari dari keluargaku.
Atas sebab keliru dan rasa tidak puas hatilah, aku mula mencari secara 'curi-curi' kerana takut keluarga mengetahui.Aku mula membaca buku-buku yang berkaitan ilmu agama disamping bertanya guru-guru serta kawan-kawan yang telah lengkap pada pengamatanku kehidupan beragama mereka waktu itu.Ada suatu perasaan sayu dan ingin tahu setiap kali mereka melakukan sembahyang di surau asrama. Hiba, tenang dan seronok menyaksikannya tetapi aku takut kawan-kawan memberitahu keluargaku bahawa aku berminat dengan cara hidup orang Islam waktu itu.
Pencarian secara 'curi-curi' itu berlalu sehinggalah aku menamatkan persekolahanku di tingkatan 5.Aku meneruskan pencarianku sehinggalah aku berjaya memasuki sebuah pusat pengajian tinggi tempatan secara lebih terbuka dan bebas.Di situlah pencarianku menemui jalan penamatnya. Tetapi oleh kerana terlalu memikirkannya,aku menjadi buntu sehinggakan tersepak seketul batupun aku menangis. Menangis bukan kerna kaki terlalu sakit, tetapi menangis kerna hati yang sakit. Waktu itu aku berkata dalam hati "bagusnya kau wahai batu, tak perlu susah-susah mencari siapa Penciptamu, sedangkan aku??? Dan waktu itulah buat pertama kalinya mulutku berkata, "Tuhan,,jika Engkau benar-benar wujud (ada), tunjukilah aku jalan untuk terus mencariMu"...
Dari situlah seolah-olah aku ditunjuki jalan bagaimana untuk aku meneruskan  pencarianku. Aku mengikuti pertubuhan Islam (telah diharamkan) dan di masa yang sama aku pergi ke gereja untuk mengabdikan diri kepada tuhan yesus bagi kepercayaan agama Kristian. Tetapi jiwaku masih belum keruan. Masih tidak ketemu jawapan. Mana mungkin jiwaku menerima manusia tetapi di masa yang sama ialah Tuhan??? Aku termangu sekali lagi..... Jangkaanku sudah menemui kebenaran yang kudambakan tetapi bukan......
Sehinggalah suatu hari aku dikejutkan dengan ayat ".Katakanlah: Dialah Allah,Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." Ayat inilah yang memberikan aku kekuatan bahawa Islamlah agama yang kucari selama ini yang aku dampingi penganutnya sewaktu di asrama dulu.Ohhh....hampir sepuluh tahun pencarianku, akhirnya jiwaku direntap oleh ayat di atas sebagai satu anugerah dari Allah bahawa Islam menjadi anutanku kini. Syukur padaMu ya Allah, Kau pilih aku menjadi tetamu yang dapat bernaung di bawah rahmat dan kasih sayangMu...........
Kekalkan hatiku, hidup dan matiku dalam agamaMu ya Allah......Amin..