Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

Jumpaan Yang Merisaukan Vatican

Jumpaan Yang Merisaukan Vatican

April 10th, 2012 by admin | Posted under AkhiratAqidahBeritaDakwah.
WP Greet Box icon
Assalamualaikum! Kami menyediakan perkhidmatan menghantar setiap artikel terus ke email anda secaraPERCUMA! KLIK di sini untuk perkhidmatan tersebut!
  • 0digg
  • 5154
     
    Share

Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad.
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.






Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.
Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.
Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).
Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.
Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.
Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.
Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).
Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- (Surah al Baqarah ayat 146)

Wallahu’alam….

Sumber: http://zainurrashid.com/

Wednesday, 7 September 2011

Risalah Utusan Allah

Salam semua...

Syukur Alhamdulillah masih bernyawa di bumi Allah. Masih menghirup udara segar kurniaan Allah.Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayangnya Allah.Diberinya nikmat berupa makanan, pakaian dan tempat tinggal buat meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini.Rezeki Allah seluas langit dan bumi bagi sesiapa sahaja yang ingin mencarinya.Lihat sahaja kekayaan yang melimpah ruah kepada manusia yang mencarinya tidak kira siang atau malam, pasti diberinya samada Muslim atau tidak.Kita melihat yang tidak Muslim lagilah melimpah-melimpah kekayaan mereka.Kadang-kadang terdetik di hati, 'mengapa mereka begitu mudah mendapat kekayaan duniawi, sedangkan seorang Muslim agak berjengket-jengket untuk meraihnya'.Tetapi itu bukan kayu pengukur kepada kebahagian.Ada yang kaya tapi tidak bahagia, ada yang tidak kaya tapi ia bahagia.Tetapi risalah kenabian yang boleh diamati, "Biar kaya dan kekayaan itu memberi manfaat kepada agama dan orang lain, itu tandanya hamba yang bersyukur dan kekayaannya diberkati"

Pembaca budiman,
Lihat sahaja saudara Muslim kita di Somalia, mati kerana kelaparan.Di sinilah peranan orang kaya yang dermawan diperlukan.Bukan kekayaan hak mutlak kita, ia perlu diagihkan kepada orang lain yang berhak. Adilnya Islam...dalam pengagihan harta ada kaedah dan cara yang dispesifikasikan.Beruntungnya kita yang bernaung di bawah panji-panji Islam...dan kitalah yang memegang panji-panji itu supaya tidak jatuh dan terus dilanyak-lanyak oleh tangan-tangan kuffar untuk kepentingan yang tidak berpaksikan kepada kehendak agama yang suci.Islam dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecil-kecilnya ada diperincikan untuk maslahat umat Islam.Subhanallah.....betullah Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam.

Pembaca budiman,
Sungguh tidak terhitung Risalah Kenabian yang kita kecapi sekarang ini.Bermulanya ajakan dari mengesakan Allah sehinggalah ke sekecil-kecil perkara pun ada dimuatkan atau diperincikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammmad s.a.w di dalam hadis Baginda.Oleh itu nikmat yang mana lagi yang ingin kita pertikaikan?...Sungguh adil dan saksamanya Islam.Sebagaimana tertibnya solat sebagai ting agama Islam dalam mengabdikan diri kepada tuhan Pencipta alam, begitu juga tertib dan beradapnya Islam di dalam menyelesaikan masalah samada dari segi sosial,ekonomi,politik dan kenegaraan.

Pembaca budiman, cukup sekadar di sini dulu perbincangan saya berkenaan Risalah Kenabian yang amat bermanfaat untuk direnungi dan dihayati bagi mensyukuri nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi kini.Sangat bertuah dan beruntungnya kita memiliki nikmak terbesar ini dan sepatutnya kita bersyukur dan menyampaikan Risalah Kenabian ini kepada orang lain....

Sekiaan. 



Tuesday, 9 August 2011

Hikmah Ramadhan

Assalammualaikum,
Pembaca budiman...
Bulan Ramadhan datang lagi.suatu bulan yang dijanjikan pahala berganda bagi sesiapa sahaja Muslim yang mendambakannya.Di awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya dibebaskan dari neraka.Betapa beruntungnya seorang Muslim itu dihadirkan ke dunia. dan betapa beruntungnya Muslim yang bernaung di bawah payung rahmat Nabi Muhammad s.a.w. Pada mereka dijanjikan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.Diampunkan dosa bagi sesiapa yang benar-benar mengharap pengampunan Rabbnya.Dikabulkan segala permohonannya bagi mereka yang meminta kepadaNya....
Sungguh indah dan bermakna perjalanan hidup seorang Mukmin itu seandainya diamati dengan pandangan mata hati.Tiada yang rugi atas apa yang dilakukan walaupun kecil sekiranya ia dilakukan mengharap keredhaan Allah.Berpuasa sepatutnya sudah menjadikan kita seorang Mukmin yang bertakwa, tetapi dapatkah kita? InsyaAllah boleh...
Bercerita tentang bulan puasa ,saya berasa istimewa sungguh bulan Ramadhan ini.Di bulan Ramadhanlah, saya dipilih Allah untuk berada di dalam agamaNya.Di bulan Ramadhan di dalamnya dijanjikan rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka bagi sesiapa sahaja individu Muslim yang ingin meraih keredhaan Allah.Allah Maha Besar di atas segala ilmu dan kekuasaanNya.Di atas segala kebesarann dan kekuasaanNyalah berlaku segala sesuatu dengan hanya berkata, "Jadilah, maka jadilah ia". Maha Suci Allah.



Ya Allah...
dalam aku termangu
Kau ilhamkan sesuatu
Tetapi aku buntu
Kerana sesungguhnya aku manusia dungu
waktu itu...

Ya Allah...
Sewaktu aku mencariMu
Sungguh terkedu aku
Betapa malu untuk aku mengaku
Kejahilanku membelengu...

Ya Allah...
Tetapi sirna itu tetap datang
Terus menyapa lubuk hatiku yang paling dalam
Membimbing fitrahku ke arahMu

Tetapi ya Allah...
Semakin fikiranku menyangkalMu
Hatiku semakin sayu...

Mujur di celah kecelaruan itu
Kau hadirkan kekuatan dalam hatiku
Untuk mengaku bahawa Engkau tuhanku........

Sunday, 7 August 2011

Anugerah

Salam,,,,,
Pembaca budiman,
Dengan ilmu kita menjadi siapa dan apa yang dikehendaki hasil daripada acuan ilmu.Pelbagai ilmu di dunia yang boleh diperolehi dan dipelajari. Kalau dulu, ilmu yang kukejar adalah hanya ilmu yang mengangkat martabat bangsa, namun di situ ada ilmu yang mengangkat martabat manusia daripada kegelapan kepada cahaya iaitu cahaya iman.Ilmu pada hakikatnya dari Tuhan Pencipta alam dan atas satu sebab sahaja tuhan mendorong manusia untuk mencarinya.
Begitu juga aku.....atas satu sebab iaitu buah mangga yang menjadi tumpuan pemerhatianku, menyebabkan aku terfikir dan terus memikirkan apa kesudahan terhadap buah mangga tersebut dan kaitan antara penghujung hidup diriku sendiri.Aneh rasanya perasaan itu sewaktu usia baru menginjak belasan tahun, sedangkan teman seusiaku (non-muslim) tidak merasakan apa yang kurasa,malah mereka memandang sinis di atas kecenderunganku untuk mencari sesuatu yang tiada padaku waktu itu.
Semakin hari semakin menebal keinginanku untuk mengetahui cara hidup beragama.Ya, itulah penyebab perasan anehku selama ini yang menyebabkan aku rasa kekosongan dan kesunyian walaupun didampingi teman-teman. Tetapi aku keliru kerna sedari kecil, aku ditasak dalam fikiran bahawa kematianlah penghujung kisah hidup manusia.Aku rasa tidak puas hati lagi. Kalau setakat kematian pengakhiran kehidupan manusia,apalah sangat pentingnya manusia berada di dunia.Ada rasa ketidakpuashatian atas penerangan yang selalu kudengari dari keluargaku.
Atas sebab keliru dan rasa tidak puas hatilah, aku mula mencari secara 'curi-curi' kerana takut keluarga mengetahui.Aku mula membaca buku-buku yang berkaitan ilmu agama disamping bertanya guru-guru serta kawan-kawan yang telah lengkap pada pengamatanku kehidupan beragama mereka waktu itu.Ada suatu perasaan sayu dan ingin tahu setiap kali mereka melakukan sembahyang di surau asrama. Hiba, tenang dan seronok menyaksikannya tetapi aku takut kawan-kawan memberitahu keluargaku bahawa aku berminat dengan cara hidup orang Islam waktu itu.
Pencarian secara 'curi-curi' itu berlalu sehinggalah aku menamatkan persekolahanku di tingkatan 5.Aku meneruskan pencarianku sehinggalah aku berjaya memasuki sebuah pusat pengajian tinggi tempatan secara lebih terbuka dan bebas.Di situlah pencarianku menemui jalan penamatnya. Tetapi oleh kerana terlalu memikirkannya,aku menjadi buntu sehinggakan tersepak seketul batupun aku menangis. Menangis bukan kerna kaki terlalu sakit, tetapi menangis kerna hati yang sakit. Waktu itu aku berkata dalam hati "bagusnya kau wahai batu, tak perlu susah-susah mencari siapa Penciptamu, sedangkan aku??? Dan waktu itulah buat pertama kalinya mulutku berkata, "Tuhan,,jika Engkau benar-benar wujud (ada), tunjukilah aku jalan untuk terus mencariMu"...
Dari situlah seolah-olah aku ditunjuki jalan bagaimana untuk aku meneruskan  pencarianku. Aku mengikuti pertubuhan Islam (telah diharamkan) dan di masa yang sama aku pergi ke gereja untuk mengabdikan diri kepada tuhan yesus bagi kepercayaan agama Kristian. Tetapi jiwaku masih belum keruan. Masih tidak ketemu jawapan. Mana mungkin jiwaku menerima manusia tetapi di masa yang sama ialah Tuhan??? Aku termangu sekali lagi..... Jangkaanku sudah menemui kebenaran yang kudambakan tetapi bukan......
Sehinggalah suatu hari aku dikejutkan dengan ayat ".Katakanlah: Dialah Allah,Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." Ayat inilah yang memberikan aku kekuatan bahawa Islamlah agama yang kucari selama ini yang aku dampingi penganutnya sewaktu di asrama dulu.Ohhh....hampir sepuluh tahun pencarianku, akhirnya jiwaku direntap oleh ayat di atas sebagai satu anugerah dari Allah bahawa Islam menjadi anutanku kini. Syukur padaMu ya Allah, Kau pilih aku menjadi tetamu yang dapat bernaung di bawah rahmat dan kasih sayangMu...........
Kekalkan hatiku, hidup dan matiku dalam agamaMu ya Allah......Amin..