Ya Nabi Salam Alaika, Ya Rasul Salam Alaika.......
Ya nabi kami rindu padamu, kami sayang padamu
Ya nabi kami ingin sungguh kami ketemu denganmu
Ingin sekali kami menatap wajahmu
Para ulama akhir zaman menceritakan,
akhlakmu seperti alquran....
rindu sungguh kami ya Rasul....
sukar untuk kami menjumpai akhlak sepertimu akhir zaman ini,,,
sepertimana diri kami yang lalai dalam kehidupan ini.
Ya Nabi ,
Engkau penyuluh cahaya dari kami terus berada dalam kegelapan....
Kau suluhi diri kami dari kejahilan
Kau tinggali kami dengan sunnahmu yang sungguh mempesonakan
walaupun dicemuh dan dikeji...
tetapi itu semua tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu
melainkan kepada manusia itu sendiri.....
Ya Nabi.......
Betapa akhir zaman ini betapa getir untuk kami mengharungi kehidupan...
Kerna jauhnya diri kami dari dirimu...
Namun dirimu tidak pernah membiarkan umatmu terkapai-kapai tanpa haluan......
Telah kau titipkan kepada kami mutiara yang tidak pernah luntur
Iaitu sunnahmu......
Namun ya Nabi......
Akhir zaman ini terlalu perit untuk kami melangkah
Kerana di kiri kanan kami banyak duri dan bara api yang membentang...
Kadang-kadang kami tertikam duri dan terpijak bara api tersebut
Lalu kaki kami berdarah....
Tetapi ya Nabi tidak terbanding dengan dirimu yang disakiti...
Dirimu lebih disakiti dari diri kami dalam mendepani hidup ini....
Cuma ya Nabi kami telah jauh dari dirimu....
Kadang-kadang kami terleka dengan dunia kami sendiri...
Hingga terlupa untuk terus beristiqomah dalam memtaati sunnahnya........
Ya Nabi........
Kami memohon dari lubuk hati kami yang paling dalam...
Moga kami diberi kekuatan dan ketabahan dalam mengikuti sunnahmu...
Agar nanti ya Rasul kami diberi sedikit ruang (kerna kekurangan kami) untuk mendapat syafaatmu di akhirat...........
Menagih belas ehsanmu ......Ya Rasulullah......................
Thursday, 12 January 2012
Thursday, 5 January 2012
Pencarian Cinta
Cinta adalah anugerah, cinta adalah fitrah, cinta adalah mahabbah.Kadangkala cinta perlu diuji kata sesetangah orang.Tapi cinta kepada Allah adalah cinta yang pasti........
Bak kata pepatah, Cinta pada bunga ,bunga akan layu...
Cinta pada harta, harta akan habis...
Cinta pada manusia, manusia akan tua...
Cinta pada harta, harta akan habis...
Cinta pada manusia, manusia akan tua...
1. Tanda Cinta yang pertama ialah, seseorang Muslim itu hendaklah tidak membenci kematian, kerana cara untuk bertemu Allah adalah dengan kematian.Kita perlu melalui proses kematian terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allahs.w.t. Kematian itu hendaklah dengan cara mati secara husnul khatimah (mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh). Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, "Siapa yang ingin bertemu/melihat Allah, Allah juga ingin melihatnya".Oleh itu seseorang Muslim itu wajib membuat persiapan sebelum datangnya kematian.Beringat-ingatlah dengan masa...
Masa senang sebelum datangnya masa susah,
Masa kaya sebelum datangnya masa miskin,
Masa lapang sebelum datangnya masa sibuk,
Masa muda sebelum datangnya masa tua,
Masa hidup sebelum datangnya masa mati.....

2. Tanda Cinta yang ke-dua pula, seseorang Muslim itu bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah.Contoh, bersolat atau menutup aurat bagi Muslimat.Jika diikut kehendak hati bagi sesetengah orang Islam, ada yang berkata, "Alah,buat apa penat-penat sembahyang atau belajar sembahyang ? Nanti tua nanti aku sembahyanglah". Itu silap.Begitu juga dengan menutup aurat, "Tak tutup tak apa, asalkan hati kita baik, Allah bukan tengok muka tapi hati, kecantikkan itukan anugerah Allah ,buat apa tutup-tutup kufur nikmat namanya". Itu hujah sesetengah orang, itu juga silap.Tanda cinta ialah kita bersedia mengikut kehendak Allah kerana Allah mengetahui yang terbaik buat hambaNya....
3. Tanda Cinta yang ke-3 ialah kita mesti sentiasa ingat kepada Allah dan rasa cinta itu kita sematkan di hati kita yang paling dalam tanpa diganggu gugat oleh seseorang atau sesuatu keadaan sekalipun.Misalnya kita telah memilih Islam sebagai pegangan/anutan, jangan dihirau bisikan atau kata-kata manusia yang tidak bersetuju dengan keputusan yang telah kita buat.Allah berfirman dalam surah Ar Raa'd ayat 28 yang bermaksud."Dengan mengingati Allah, hati-hati kita akan menjadi tenang.Ini janji Allah dan kita sebagai hambaNya mesti berusaha dengan belajar dan memohon pertolongan Allah sebagaimana dalam lafaz doa, " Ya Allah, tolonglah kami untuk sentiasa berzikir dan ingat kepadaMu,sentiasa bersyukur dan melakukan ketaatan kepada perintahMu".
4. Tanda Cinta yang ke-4, hendalah seseorang Muslim itu hendaklah cinta kepada Al-Quran sebagai kalam Allah dengan cara membacanya, mengkajinya dan mengamalkannya apa yang dinyatakan dalam Al-Quran sebagai panduan hidup kita sepanjang hari.Begitu juga cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Rasul Allah yang membawa risalah kebenaran dari Allah sebagai Nabi akhir zaman.Bagindalah 'role model' kita, idola kita untuk kita rujuk sebagai perlembagaan dalam menentukan undang-undang yang perlu kita ikuti. Nah,dayung sudah di air, pengayuh sudah di tangan,bila lagi untuk kita mengemudi sampan tersebut.
5. Tanda Cinta yang ke-5 yang harus kita lakukan ialah ambillah satu masa atau keadaan di mana kita boleh membuat muhasabah diri atau memikirkan kesilapan atau kegagalan diri kita dalam melakukan ketaatan perintah Allah yang kita abaikan.Buatlah satu Sijil Analisa diri untuk kita menilai diri kita sendiri. Berfikir dan berzikirlah sejenak. Adakah kita sudah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang mengikut perintah Allah atau sebaliknya.
6. Tanda Cinta yang ke-6 pula ialah kita menjadikan ibadah itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa rasa jemu dan terpaksa.Sebab ibadah itu bukan untuk Allah tetapi untuk diri hamba Allah itu sendiri.Kekuasaan Allah tidak akan berkurangaan seandainya seluruh makhluk di atas muka bumi tidak beribadah kepada Allah, tetapi ingat kenapa manusia diciptakan Allah? Untuk beribadah kepada Allah! Apabila cinta kepada Allah itu sempurna dan kuat, maka tidak ada keseronokan yang setanding dengan keseronokan kita melakukan ibadah kepada Allah.
7. Tanda Cinta yang ke-7 ialah orang yang cinta kepada Allah itu adalah orang yaang cinta kepada manusia yang taat kepada Allah dan tidak suka kepada perbuatan orang-orang yang derhaka kepada Allah.Maka carilah Cinta Allah yang abadi, kelak kita akan menjadi hamba yang dirahmati, insya-Allah.......
Tuesday, 4 October 2011
Perkongsian Ilmu
Assalammualaikum,
Bersama-sama untuk perkongsian ilmu untuk paparan kali ini, sila klik di sini http://ilike-concept.blogspot.com/2011/03/mengapa-yahudi-bijak.html
Jana otak kita untuk lebih aktif dan progresif. Orang Islam panduannya Al Quran dan Hadis Nabi. Itulah ikutan dan panduan kita. Untuk perkogsian ilmu yang seterusnnya sila klik di sini http://ilike-concept.blogspot.com/2011/07/intro-bukti-kerajaan-amerika-dan-dunia.html
Sekian untuk kali ini.

Wednesday, 7 September 2011
Risalah Utusan Allah
Salam semua...
Syukur Alhamdulillah masih bernyawa di bumi Allah. Masih menghirup udara segar kurniaan Allah.Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayangnya Allah.Diberinya nikmat berupa makanan, pakaian dan tempat tinggal buat meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini.Rezeki Allah seluas langit dan bumi bagi sesiapa sahaja yang ingin mencarinya.Lihat sahaja kekayaan yang melimpah ruah kepada manusia yang mencarinya tidak kira siang atau malam, pasti diberinya samada Muslim atau tidak.Kita melihat yang tidak Muslim lagilah melimpah-melimpah kekayaan mereka.Kadang-kadang terdetik di hati, 'mengapa mereka begitu mudah mendapat kekayaan duniawi, sedangkan seorang Muslim agak berjengket-jengket untuk meraihnya'.Tetapi itu bukan kayu pengukur kepada kebahagian.Ada yang kaya tapi tidak bahagia, ada yang tidak kaya tapi ia bahagia.Tetapi risalah kenabian yang boleh diamati, "Biar kaya dan kekayaan itu memberi manfaat kepada agama dan orang lain, itu tandanya hamba yang bersyukur dan kekayaannya diberkati"
Pembaca budiman,
Lihat sahaja saudara Muslim kita di Somalia, mati kerana kelaparan.Di sinilah peranan orang kaya yang dermawan diperlukan.Bukan kekayaan hak mutlak kita, ia perlu diagihkan kepada orang lain yang berhak. Adilnya Islam...dalam pengagihan harta ada kaedah dan cara yang dispesifikasikan.Beruntungnya kita yang bernaung di bawah panji-panji Islam...dan kitalah yang memegang panji-panji itu supaya tidak jatuh dan terus dilanyak-lanyak oleh tangan-tangan kuffar untuk kepentingan yang tidak berpaksikan kepada kehendak agama yang suci.Islam dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecil-kecilnya ada diperincikan untuk maslahat umat Islam.Subhanallah.....betullah Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam.
Pembaca budiman,
Sungguh tidak terhitung Risalah Kenabian yang kita kecapi sekarang ini.Bermulanya ajakan dari mengesakan Allah sehinggalah ke sekecil-kecil perkara pun ada dimuatkan atau diperincikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammmad s.a.w di dalam hadis Baginda.Oleh itu nikmat yang mana lagi yang ingin kita pertikaikan?...Sungguh adil dan saksamanya Islam.Sebagaimana tertibnya solat sebagai ting agama Islam dalam mengabdikan diri kepada tuhan Pencipta alam, begitu juga tertib dan beradapnya Islam di dalam menyelesaikan masalah samada dari segi sosial,ekonomi,politik dan kenegaraan.
Pembaca budiman, cukup sekadar di sini dulu perbincangan saya berkenaan Risalah Kenabian yang amat bermanfaat untuk direnungi dan dihayati bagi mensyukuri nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi kini.Sangat bertuah dan beruntungnya kita memiliki nikmak terbesar ini dan sepatutnya kita bersyukur dan menyampaikan Risalah Kenabian ini kepada orang lain....
Sekiaan.
Tuesday, 9 August 2011
Hikmah Ramadhan
Assalammualaikum,
Pembaca budiman...
Bulan Ramadhan datang lagi.suatu bulan yang dijanjikan pahala berganda bagi sesiapa sahaja Muslim yang mendambakannya.Di awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya dibebaskan dari neraka.Betapa beruntungnya seorang Muslim itu dihadirkan ke dunia. dan betapa beruntungnya Muslim yang bernaung di bawah payung rahmat Nabi Muhammad s.a.w. Pada mereka dijanjikan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.Diampunkan dosa bagi sesiapa yang benar-benar mengharap pengampunan Rabbnya.Dikabulkan segala permohonannya bagi mereka yang meminta kepadaNya....
Sungguh indah dan bermakna perjalanan hidup seorang Mukmin itu seandainya diamati dengan pandangan mata hati.Tiada yang rugi atas apa yang dilakukan walaupun kecil sekiranya ia dilakukan mengharap keredhaan Allah.Berpuasa sepatutnya sudah menjadikan kita seorang Mukmin yang bertakwa, tetapi dapatkah kita? InsyaAllah boleh...
Bercerita tentang bulan puasa ,saya berasa istimewa sungguh bulan Ramadhan ini.Di bulan Ramadhanlah, saya dipilih Allah untuk berada di dalam agamaNya.Di bulan Ramadhan di dalamnya dijanjikan rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka bagi sesiapa sahaja individu Muslim yang ingin meraih keredhaan Allah.Allah Maha Besar di atas segala ilmu dan kekuasaanNya.Di atas segala kebesarann dan kekuasaanNyalah berlaku segala sesuatu dengan hanya berkata, "Jadilah, maka jadilah ia". Maha Suci Allah.
Ya Allah...
dalam aku termangu
Kau ilhamkan sesuatu
Tetapi aku buntu
Kerana sesungguhnya aku manusia dungu
waktu itu...
Ya Allah...
Sewaktu aku mencariMu
Sungguh terkedu aku
Betapa malu untuk aku mengaku
Kejahilanku membelengu...
Ya Allah...
Tetapi sirna itu tetap datang
Terus menyapa lubuk hatiku yang paling dalamMembimbing fitrahku ke arahMu
Tetapi ya Allah...
Semakin fikiranku menyangkalMu
Hatiku semakin sayu...
Mujur di celah kecelaruan itu
Kau hadirkan kekuatan dalam hatiku
Untuk mengaku bahawa Engkau tuhanku........
Sunday, 7 August 2011
Anugerah
Salam,,,,,
Pembaca budiman,
Dengan ilmu kita menjadi siapa dan apa yang dikehendaki hasil daripada acuan ilmu.Pelbagai ilmu di dunia yang boleh diperolehi dan dipelajari. Kalau dulu, ilmu yang kukejar adalah hanya ilmu yang mengangkat martabat bangsa, namun di situ ada ilmu yang mengangkat martabat manusia daripada kegelapan kepada cahaya iaitu cahaya iman.Ilmu pada hakikatnya dari Tuhan Pencipta alam dan atas satu sebab sahaja tuhan mendorong manusia untuk mencarinya.
Begitu juga aku.....atas satu sebab iaitu buah mangga yang menjadi tumpuan pemerhatianku, menyebabkan aku terfikir dan terus memikirkan apa kesudahan terhadap buah mangga tersebut dan kaitan antara penghujung hidup diriku sendiri.Aneh rasanya perasaan itu sewaktu usia baru menginjak belasan tahun, sedangkan teman seusiaku (non-muslim) tidak merasakan apa yang kurasa,malah mereka memandang sinis di atas kecenderunganku untuk mencari sesuatu yang tiada padaku waktu itu.
Semakin hari semakin menebal keinginanku untuk mengetahui cara hidup beragama.Ya, itulah penyebab perasan anehku selama ini yang menyebabkan aku rasa kekosongan dan kesunyian walaupun didampingi teman-teman. Tetapi aku keliru kerna sedari kecil, aku ditasak dalam fikiran bahawa kematianlah penghujung kisah hidup manusia.Aku rasa tidak puas hati lagi. Kalau setakat kematian pengakhiran kehidupan manusia,apalah sangat pentingnya manusia berada di dunia.Ada rasa ketidakpuashatian atas penerangan yang selalu kudengari dari keluargaku.
Atas sebab keliru dan rasa tidak puas hatilah, aku mula mencari secara 'curi-curi' kerana takut keluarga mengetahui.Aku mula membaca buku-buku yang berkaitan ilmu agama disamping bertanya guru-guru serta kawan-kawan yang telah lengkap pada pengamatanku kehidupan beragama mereka waktu itu.Ada suatu perasaan sayu dan ingin tahu setiap kali mereka melakukan sembahyang di surau asrama. Hiba, tenang dan seronok menyaksikannya tetapi aku takut kawan-kawan memberitahu keluargaku bahawa aku berminat dengan cara hidup orang Islam waktu itu.
Pencarian secara 'curi-curi' itu berlalu sehinggalah aku menamatkan persekolahanku di tingkatan 5.Aku meneruskan pencarianku sehinggalah aku berjaya memasuki sebuah pusat pengajian tinggi tempatan secara lebih terbuka dan bebas.Di situlah pencarianku menemui jalan penamatnya. Tetapi oleh kerana terlalu memikirkannya,aku menjadi buntu sehinggakan tersepak seketul batupun aku menangis. Menangis bukan kerna kaki terlalu sakit, tetapi menangis kerna hati yang sakit. Waktu itu aku berkata dalam hati "bagusnya kau wahai batu, tak perlu susah-susah mencari siapa Penciptamu, sedangkan aku??? Dan waktu itulah buat pertama kalinya mulutku berkata, "Tuhan,,jika Engkau benar-benar wujud (ada), tunjukilah aku jalan untuk terus mencariMu"...
Dari situlah seolah-olah aku ditunjuki jalan bagaimana untuk aku meneruskan pencarianku. Aku mengikuti pertubuhan Islam (telah diharamkan) dan di masa yang sama aku pergi ke gereja untuk mengabdikan diri kepada tuhan yesus bagi kepercayaan agama Kristian. Tetapi jiwaku masih belum keruan. Masih tidak ketemu jawapan. Mana mungkin jiwaku menerima manusia tetapi di masa yang sama ialah Tuhan??? Aku termangu sekali lagi..... Jangkaanku sudah menemui kebenaran yang kudambakan tetapi bukan......
Sehinggalah suatu hari aku dikejutkan dengan ayat ".Katakanlah: Dialah Allah,Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." Ayat inilah yang memberikan aku kekuatan bahawa Islamlah agama yang kucari selama ini yang aku dampingi penganutnya sewaktu di asrama dulu.Ohhh....hampir sepuluh tahun pencarianku, akhirnya jiwaku direntap oleh ayat di atas sebagai satu anugerah dari Allah bahawa Islam menjadi anutanku kini. Syukur padaMu ya Allah, Kau pilih aku menjadi tetamu yang dapat bernaung di bawah rahmat dan kasih sayangMu...........
Kekalkan hatiku, hidup dan matiku dalam agamaMu ya Allah......Amin..

Friday, 29 July 2011
Besarnya keinginan, kuatnya azam...
Kembali lagi...
Menulis untuk paparan ini.Rasa seperti menulis cerpen pula, tetapi inilah permulaan sebuah perjalanan bagi memulakan langkah bagi mengenal erti sebuah kehidupan yang bermakna.Semangat,,,itulah defininsi yang sesuai untuk menceritakan keazaman waktu itu.Dengan semangat yang jitu dan pencarian ilmu yang tidak pernah habis, kutemui sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup ini.....
Dengan ilmu kita akan menjadi manusia yang bagaimana........
Dengan ilmu kita akan menjadi manusia yang berguna dan dengan ilmu juga kita akan menjadi manusia yang tahu hala tuju hidup ini......
Subscribe to:
Posts (Atom)